Strategi

4.0       PENGELUARAN DAN PENGURUSAN OPERASI SEMASA SYARIKAT

4.1       Pemahaman analisis SWOT           

Analisis SWOT adalah teknik asas yang selalu digunakan di dalam pengurusan strategik, mempertingkatkan kecemerlangan organisasi, program pembangunan organisasi dan mengenalpasti kelebihan  persaingan. Dalam pengurusan strategik, analisis SWOT digunakan untuk memastikan strategi yang digubal itu benar-benar berkemampuan untuk merealisasikan objektif, misi dan visi organisasi. Analisis ini terdiri daripada empat iaitu strength (S), weakness (W), opportunity (O) dan threats (T). Kekuatan dan kelemahan merujuk kepada situasi di persekitaran dalaman organisasi serta peluang dan ancaman pula merujuk kepada keadaan persekitaran luaran organisasi.

                        i.          Kekuatan (Strenght)

Kekuatan yang terdapat pada Sate Kajang Hj. Samuri ini ialah melalui produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan-pelanggan mereka. Syarikat ini sangat menjaga kualiti produk mereka iaitu dimana mereka turut mengamalkan prinsip FIFO iaitu first in first out, ini ialah bagi mengelakkan produk yang akan dikeluarkan itu menjadi tidak berkualiti. Selain itu juga perkhidmatan yang disediakan oleh Sate Kajang adalah perkhidmatan layan diri iaitu diamana pelanggan yang datang akan menagmbil sendiri makanan mereka ini adalah kerana bagi mengelakkan pelanggan menunggu terlalu lama memandangkan pelanggan yang datang ke restoran ini adalah terlalu ramai. Sealain itu juga yang turut menjadi kekuatan kepada syarikat ini ialah Sate Kajang ini diuruskan oleh Haji Samuri dan anak-anak, ini memudahkan lagi mereka untuk berurusan dan berkomunikasi dalam menguruskan syarikat mereka ini dan ia juga turut menjadi kunci kejayaan kepada perniagaan mereka. Selain itu juga bahan mentah yang diperolehi oleh pembekal telah dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan ini boleh menjimatkan masa dan juga wang, kerana mereka tidak perlu untuk mengupah orang untuk memotong bahan mentah tersebut. Kekuatan yang dapat kami lihat disini ialah Sate kajang ini mempunyai tempat penyimpanan banhan mentah yang baik (storage) iaitu dimana bahan yang dihantar akan disimpan di tempat ini dan ini dapat mengelakkan daripada bahan mentah tersebut berbau dan rosak, dan mengikut En Afiq bahan mentah ini dapat disimpan selama setahun.

                        ii.         Kelemahan (weakness)

Faktor yang menjadi kelemahan dalam Sate Kajang ini ialah sukar untuk mereka mengekalkan kualiti bekalan daripada menjadi masam yang mana bekalan yang  diperolehi itu adalah untuk menghasilkan produk. Produk yang dihasilkan juga ialah tidak tetap dari segi rasa. Selain itu juga kelemahan Sate Kajang ini ialah kebanyakan pekerja mereka adalah terdiri daripada pekerja asing iaitu pekerja Indonesia dan memerlukan pihak pengurusan menghantar mereka untuk menghadiri kursus dan ini memerlukan kos yang agak tinggi.

 iii.        Peluang (opportunity)

Peluang bagi Sate Kajang ini ialah mereka cuba untuk memasuki pasaran antarabangsa iaitu dimana mereka telah menghantar sate mereka ke Hong kong, China, Taiwan dan beberapa buah negara lain lagi. Peluang ini membolehkan mereka meluaskan lagi pasaran untuk perniagaan mereka.

                        iv.        Ancaman (Threat)

Ancaman yang terdapat dalam Syarikat ini ialah apabila terdapat pesaing yang mengeluarkan produk yang sama dengan mereka dan ini merupakan ancaman yang besar bagi Sate kajang ini.

4.2       Gambar Rajah Analisis SWOT

 
          
4.3       Permasalahan terkini Sate Kajang Haji. Samuri

Permasalah terkini yang dihadapi oleh Sate Kajang ini ialah berkaitan dengan mereka tidak mempunyai kawasan untuk mengalirkan sisa-sisa kumbahan daripada kilang, keadaan ini menyebabkan persekitaran kilang tersebut berbau busuk. Selain itu juga kesalahan mereka ialah kerana dari kuah sate dan satenya melimpah mencemari persekitaran keadaan ini juga kilang Sate Kajang pernah disaman oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Disebabkan hal ini Sate Kajang telah mengalami banyak kerugian dan kos yang tinggi untuk menarik kembali perhatian pelanggan.

4.4       Potensi masalah yang dihadapi oleh syarikat

Msalah yang dapat kami kesan dalam Sate Kajang ini ialah berkaitan dengan masalah pekerja iaitu diamana selalu mengalami kadar pusing ganti pekerja yang tinggi. Keadaan ini berlaku adalah kerana kebanyakan pekerja yang diambil adalah terdiri daripada pekerja indonesia dan sekiranya pekerja ini pulang ke kampung mereka maka syarikat terpaksa mengambil pekerja lain dan menghantar pekerja tersebut menghadiri kursus. Keadaan ini banyak merugikan syarikat dan syarikat terpaksa mengalami pengeluaran produk yang rendah.

 4.5       Gambar Rajah Tulang Ikan.  

                                              i.                Manusia
Masalah manusia yang dimaksudkan ialah pekerja. Pekerja mempunyai peranan penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah yang dapat dikenalpasti di syarikat ini adalah pekerja yang sering bertukar ganti. Keadaan ini menyebabkan produktiviti yang dihasilkan akan berkurangan. Selain itu, pekerja juga tidak mematuhi etika semasa berada di kilang dan boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang bahaya. Selain itu permasalah pekerja yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan produk yang dijalankan akan tertangguh.

ii.         Produk
Produk yang dimaksudkan disini ialah berkaitan dengan sate yang telah dikeluarkan oleh Sate Kajang iaitu dimana produk ini turut mengalami masalah apabila produk yang dihasilkan itu tidak memberi rasa yang sama ini menyebabkan syarikat ini meneriman banyak rungutan daripada pihak pelanggan.
iii.        Pelanggan
Pelanggan disini bermaksud orang yang akan menggunakan produk yang telah dihasilkan. Disini kami dapat mengesan satu masalah yang timbul iaitu dimana apbila terdapat persaingan yang mengeluarkan produk yang sama dengan Sate Kajang maka pelanggan akan memilih tempat yang mudah untuk mereka pergi dan juga yang memberikan kualiti produk yang baik.
iv.        Premis
Masalah bangunan atau kawasan yang dihadapi oleh syarikat ialah masalah berkaitan dengan sisa-sisa pembuangan daripada kilang. Ekoran daripada Sate Kajang ini tidak mempunyai kawasan untuk menyalurkan sisa ini turut menyebabkan kawasan ini berbau busuk dan mengganggu kententeraman kawasan yang berdekatan
.
5.0       ANALISIS STRATEGI PERNIAGAAN PERUSAHAAN MAKANAN SATE
Strategi adalah usaha-usaha untuk mencapai sesuatu objektif dengan melihat kepada teknik-teknik yang sistematik dan terancang. Bagi mencapai misi Perniagaan Perusahaan Makanan Sate, kami dapat gariskan beberapa perkara yang perlu dipersoalkan iaitu : 
a)    Apakah strategi perniagaan?
b)    Bagaimana untuk organisasi mencapai objektif atau matlamat?
c)    Bagaimana menangani tekanan persaingan?
d)    Bagaimana perubahan dalam permintaan pelanggan?

Perniagaan Perusahaan Makanan Sate bermatlamat untuk mengekalkan cita rasa asli Sate dengan penyediaan yang moden dan suci di samping menjadikan sate sebagai makanan yang disukai ramai dan bebas daripada bahan kimia atau bahan pengawet. Selain daripada itu, perusahaan ini juga berhasrat untuk mengembangkan cawangannya ke seluruh Malaysia dan juga peringkat global
.
5.1       Penilaian Strategi Semasa Perniagaan Perusahaan Makanan Sate

                        5.1.1    Strategi Dalam Penambahbaikan Kualiti

Kualiti merupakan salah satu strategi yang penting dalam usaha memperbaiki operasi. Penambahbaikan kualiti bermaksud meningkatkan mutu barangan atau perkhidmatan dalam usaha untuk mendahului pesaing untuk kelebihan persaingan. Perniagaan Perusahaan Makanan Sate Kajang mengambil pendekatan kualiti berdasarkan pengguna. Pengusaha bertanya kepada pelanggan mengenai sate yang telah disediakan. Pelanggan bertindak sebagai hakim dengan memberikan kritikan mengenai apa yang mereka rasa masih kurang di dalam penyediaan sate tersebut. Tindakan yang seterusnya akan diambil bagi mengatasi masalah ini dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti sate itu sendiri
.
5.1.2    Strategi Dalam Operasi (Pemasaran)

Perniagaan Perusahaan Makanan Sate Kajang telah membina laman blog dan facebook yang mengandungi maklumat tentang perniagaan seperti latar belakang syarikat, produk yang dihasilkan dan cara untuk menghubungi Perusahaan Makanan Sate Kajang. Melalui perkara ini, pelanggan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Perusahaan Sate Kajang.


5.2     Analisis dan Menilai Strategi Bersesuaian Bagi Perniagaan Perusahaan Makanan Sate Kajang17

                        5.2.1    Strategi Dalam Penambahbaikan Kualiti

Kami ingin memperkenalkan kepada Perusahaan Makanan Sate Kajang untuk menggunakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan seterusnya dapat menambahbaik kualiti penghasilan dan pembakaran sate itu sendiri. Ini bermakna pengusaha mendapat maklumat pelanggan melalui penyelidikan konsumer yang dijalankan dengan menggunakan kaedah – kaedah moden seperti pensampelan dan reka bentuk eksperimen untuk mengenalpasti kehendak, keperluan dan jangkaan pelanggan terhadap sate kajang. Hal ini bermakna, Perusahaan Makanan Sate Kajang boleh mengadakan festival untuk pelanggan di mana pada hari tersebut pelanggan – pelanggan dapat merasa dan memberi komen mengenai Sate Kajang tersebut
.
5.2.2    Strategi Operasi

Kami telah menganalisis dan menilai strategi yang bersesuaian yang boleh digunakan oleh Perusahaan Makanan Sate Kajang dan strategi tersebut ialah strategi operasi. Strategi operasi adalah strategi yang wujud daripada strategi perniagaan setelah dikecilkan mengikut peranan setiap fungsian seperti operasi, pemasaran dan kewangan. Hal ini termasuklah keputusan yang diambil terhadap isu pembekal daging gred A, keperluan peralatan baru seperti mesin pembakar yang berkualiti. Sebagai contoh, Perniagaan Perusahaan Makanan Sate Kajang terkenal dengan kualiti sate maka, kualiti yang tinggi diletakkan pada rasa sate itu sendiri sebagai strategi perniagaan. Seterusnya beberapa strategi fungsian dibentuk bagi memastikan pelanggan akan membeli dengan lebih banyak Sate Kajang yang enak rasanya. Oleh itu, pengawalan kualiti telah dijalankan di peringkat operasi terutama dalam penyediaan bahan mentah dan pemprosesan bagi mengekalkan kesedapannya. Di peringkat pemasaran pula, pekerja menemui pelanggan dan menggunakan borang soal selidik untuk mengenalpasti sebarang kekurangan kualiti dalam sate yang telah dihasilkan
.
5.3     Mengenal Pasti Strategi Yang Paling Sesuai Bagi Perniagaan Perusahaan Makanan Sate Kajang

Setelah menjalankan analisis, kumpulan kami berjaya mengenal pasti strategi yang paling sesuai bagi meningkatkan volume jualan Sate Kajang. Perusahaan Makanan Sate Kajang perlu memberi penekanan terhadap Strategi Dalam Penambahbaikan Kualiti kerana strategi ini dapat meningkatkan kualiti produk dan pengurusan perniagaan akan menjadi lebih sistematik, efisien dan efektif. Walter Shewhart telah mencipta kitaran PDCA (Plan-Do-Check-Act) untuk proses penambahbaikan yang berterusan. Pengurusan yang berkesan adalah daripada perancangan yang dibuat, susun atur perlaksanaan, kepimpinan dari pengusaha perniagaan bagi melaksanakan proses kawalan  dari segi kualiti dan pekerja mahir. Penilaian daripada perlaksanaan mampu meningkatkan nilai kerja yang efektif. Selain itu, pembangunan dan penyelidikan perlu ditekankan lebih oleh perusahaan makanan ini bagi menghasilkan satu produk yang boleh diterima dan sentiasa menjadi rebutan masyarakat. Kaedah PDCA ini perlu dilaksanakan bagi mendapatkan strategi yang berkesan dengan mengukur permasalahan dengan 7 Alat Kualiti. Penambahbaikan berterusan ini merupakan salah satu daripada 5 Konsep Kualiti Pengurusan Menyeluruh yang efektif. Proses ini melibatkan pekerja yang dilantik mahir di dalam pembuatan Sate Kajang. Peralatan yang digunakan juga mestilah berkualiti iaitu peralatan membakar sate dan pembekal bahan mentah yang berkualiti seperti pembekal daging ayam dan lembu serta bekalan makanan yang lain.


 6.0       CADANGAN SYARIKAT

6.1       Pelaksanaan Pemilihan Strategi

6.1.1    Penggerak

Sate Kajang Hj Samuri perlu melakukan pelbagai strategi bagi memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan syarikat mereka. Sebagai contoh ingin memasarkan sate hingga ke luar Negara secara sejuk beku dan membuka satu lagi kilang pengoperasian. Bagi melaksanakan strategi tersebut, syarikat ini mestilah mempunyai penggerak bagi menjalankan strategi tersebut. Dalam hal ini pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam menggerakkan perancangan strategi.  Sekiranya strategi sudah dirancang tetapi tiada penggerak untuk melakukannya ianya tidak akan memberikan kesan terhadap pembangunan syarikat Sate Kajang ini lebih – lebih lagi bahagian operasi kilang.

6.1.2    Sanggup menanggung risiko

Setiap pembaharuan yang dilakukan bagi memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan mestilah mempunyai risikonya sendiri samada kecil ataupun besar. Sate Kajang Hj Samuri mesti berani menerima segala kesan dalam melaksanakan strategi tersebut. Oleh sebab itu, syarikat mestilah memikirkan dan memilih strategi yang terbaik untuk dilakukan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku terhadap syarikat pada masa depan terutamanya dari segi persaingan.

6.1.3    Fokus pada matlamat

Pelaksanaan strategi mestilah mencapai matlamat yang diingini oleh syarikat Sate Kajang Hj Samuri. Di mana ia sangat penting bagi memastikan misi syarikat dicapai dengan menyediakan hala tuju untuk mencapai misi sesebuah syarikat yang ditetapkan oleh syarikat. Menyatukan organisasi bagi bersama – sama menjayakan strategi yang dirancang dengan sebaik yang mungkin. Ianya juga perlu membuat keputusan yang konsisten bagi memudahkan perancangan strategi yang telah dibuat boleh dijalankan. Seterusnya, organisasi bergerak ke arah yang betul mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

6.2       Langkah –Langkah Pelaksanaan

6.2.1    Kenal pasti tugas utama

Antara langkah – langkah pelaksanaan strategi syarikat Sate Kajang Hj Samuri lakukan yang pertama ialah perlu mengenalpasti tugasan utama. Di mana, tujuan syarikat ditubuhkan mestilah dititikberatkan iaitu menyediakan makanan tradisional iaitu sate. Mengetahui apa yang dilakukan. Ia juga merupakan menentukan pesaing – pesaing yang sama bidang dengan syarikat. Dalam pembentukan strategi mestilah mengambil kira tentang misi dan visi sesebuah syarikat. Selain itu, dalam perniagaan perlulah mengetahui kehendak pelanggan. Strategi yang perlu dijalankan merangkumi kewangan, operasi dan pemasaran. Kehendak dalam perniagaan juga adalah elemen dalam pembentukan strategi.

6.2.2    Menilai kecekapan

Langkah pelaksanaan yang kedua ialah menilai kecekapan teras. Di mana syarikat Sate Kajang Hj Samuri melakukan yang terbaik berbanding dengan syarikat pesaingan lain. Syarikat melakukan perkara yang terbaik dalam perkhidmatan, kualiti yang tinggi, penghantaran yang cepat atau kos yang rendah. Berusaha untuk menjadi yang pertama untuk produk dengan pelbagai jenis produk sate dengan kualiti yang lebih baik. Pengalaman, pengetahuan dan mengetahui bagaimana kecekapan teras yang mewakili kelebihan daya saing yang mampan. Hasil kajian juga mendapati bahawa penyimpanan dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan serta terlalu lama dalam peti sejuk beku akan menjejaskan kualiti setiap cucuk sate itu.

6.2.3    Tentukan permintaan dan citarasa

Ketiga, syarikat Sate Kajang Hj Samuri menentukan berapa banyak permintaan dan utamakan citarasa yang penting. Sebuah syarikat menghadapi masalah  jika tidak melakukan yang terbaik atau tidak penting kepada setiap pelanggan. Oleh itu , ia adalah penting untuk melihat ke arah pelanggan untuk menentukan apa yang mempengaruhi keputusan pembelian mereka. Ini kerana hasil pemerhatian dan kajian mengenai Just – In – Time dan TQM mendapati bahawa keperluan produk mengikut atas pemintaan pelanggan dan setiap hari perlu menghasilkan 100 000 cucuk batang sate pelbagai jenis. Jenis sate juga adalah hasil daripada permintaan para pelanggan setelah membuat peninjauan dan survey.

6.2.4    Peletakan kedudukan

Keempat ialah perletakan syarikat Sate Kajang Hj Samuri, kedudukan strategik melibatkan membuat pilihan dengan memilih satu atau dua perkara penting yang memberi kenikmatan masakan kepada pelanggan. Strategi kedudukan sebuah firma mentakrifkan bagaimana ia akan bersaing dalam pasaran nilai yang unik, ia akan menyerahkan kepada pelanggan. Strategi kedudukan yang berkesan mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan organisasi, keperluan pasaran, dan kedudukan pesaing. Syarikat-syarikat boleh dibezakan dengan perbandingan pada kos, kecekapan servis, kualiti, dan citarasa.

6.2.5    Pelaksanaan

Kelima ialah menggerakkan strategi syarikat Sate Kajang Hj Samuri. Strategi pelaksanaan boleh menjadi lebih sukar daripada merangka strategi. Jabatan yang berlainan atau bahagian yang berfungsi dalam suatu firma boleh mentafsirkan strategi yang sama dalam cara yang berbeza. Jika usaha mereka tidak diselaraskan, hasilnya boleh membinasakan. Penggunaan polisi atau penggunaan dasar iaitu mencuba untuk menumpukan semua orang dalam sesebuah organisasi pada matlamat utama dan biasa dengan menterjemahkan strategi korporat kepada objektif diukur sepanjang fungsi dan peringkat organisasi. penilaian yang seimbang yang termasuk metrik yang berkaitan dengan pelanggan, proses, pembelajaran dan perkembangan, serta kewangan. Ini adalah kerana, syarikat Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 3 buah kilang untuk memproses sate. Setiap jabatan pula jauh jaraknya. Jadi, pengurus di setiap jabatan perlu mengurus dengan efisyen agar tiada permasalahan tentang permintaan dan kualiti produk.

6.3       Penambahbaikan Selepas Pelaksanaan

6.3.1    Pemantauan

Selepas melaksanakan strategi, syarikat Sate Kajang Hj Samuri hendaklah melakukan penambahbaikan. Antaranya ialah melakukan pemantauan dengan mengukur tahap keberkesanan strategi yang dilakukan berjaya atau tidak. Pemantauan dilakukan bagi memastikan perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan mengikut apa yang dikehendaki oleh syarikat.

6.3.2    Teknologi baru

Syarikat Sate Kajang Hj Samuri mestilah memastikan teknologi yang digunakan mesra persekitaran. Selain itu, ia mestilah selamat digunakan dan tidak memberikan masalah kesihatan kepada pekerja dan orang awam. Keselamatan pekerja dan orang awam serta pelanggan haruslah dititikberatkan bukan sahaja mengejar matlamat syarikat semata-mata. Ini adalah kerana ingin penambahbaikan mengenai mesin – mesin yang selalu rosak serta sistem saluran kumbahan. Pernah suatu ketika dahulu semasa awal penubuhan syarikat telah disaman kerana sistem saluran mengalir ke tempat yang tidak sepatutnya lalu telah disaman dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

6.3.3    Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Syarikat Sate Kajang Hj Samuri juga mestilah melakukan R&D bagi memastikan strategi yang dilakukan sentiasa mengikut peredaran syarikat. Melaksanakan strategi yang ditetapkan dan mencari alternatif lain dengan melakukan R&D sebagai persediaan penggantian kepada strategi yang tidak berjaya dilaksanakan. Selain daripada survey pelanggan, syarikat juga boleh membuat penambahbaikan dari segi melihat isu – isu semasa mengenai ranking makanan yang mendapat tempat di hati pembeli. Tambahan lagi, syarikat juga boleh melakukan promosi pada setiap tahun di seluruh negeri di Malaysia atau menyertai mana – mana kiosk makanan untuk memperkenalkan lagi keluaran sate Kajang ini. Syarikat juga boleh membuat open market di luar Negara terutamanya Negara Arab.

6.3.4    Maklumbalas

Seterusnya, syarikat Sate Kajang Hj Samuri haruslah menjalinkan hubungan pengurusan pelanggan dengan mendapat maklumbalas pelanggan bagi mengenal pasti kelemahan sekali gus dapat memperbaiki reputasi syarikat. Pelanggan harus diutamakan dalam urusniaga. Jadi pendapat dan kehendak pelanggan perlu dititikberatkan supaya dapat menjamin kepuasan mereka. jadi apabila kepuasan pelanggan dapat diberikan ini akan memberi kesan positif kepada syarikat.




No comments:

Post a Comment