Produk / Perkhidmatan

2.3       Produk
Produk yang di hasilkan ini telah ditawarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan. Pekerja yang menghasilkan produk-produk ini adalah terdiri daripada mereka yang sudah terlatih dan berpengalaman. Setiap pekerja yang memohon ini akan dihantar kursus supaya mereka lebih mengetahui dan cekap dalam melakukan pekerjaan yang telah di suruh.
Seterusnya pula ialah Sate Kajang Hj. Samuri & Anak-anak Sdn. Bhd mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk yang mampu menarik perhatian pelanggan. Produk sate yang terbaru yang kan dihasilkan oleh syarikat ini ialah sate ikan Talapia yang di import dari Sweden, ini adalah bagi menarik perhatian lagi ramai pelanggan syarikat ini sentiasa mengeluarkan produk-produk yang terbaru. Selain itu juga Sate Kajang ini akan mengeluarkan produk sate secara sejuk beku dan masih lagi dalam perbincangan.
Produk-produk utama yang telah di keluarkan oleh Syarikat Sate Kajang ialah seperti yang berikut:
Rajah 2: Produk utama

Selain daripada produk utama iaitu sate Syarikat Sate Kajang ini juga turut mengeluarkan produk-produk sampingan iaitu seperti yang berikut: 
Rajah 3: Produk sampingan
2.4       Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat
Selain daripada produk yang berasaskan sate, Syarikat Sate Kajang juga turut memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan. Dari segi perkhidmatan yang ditawarkan adalah syarikat ini berusaha untuk memberi perkhidmatan yang mampu menarik dan memenuhi permintaan pelanggan. Antara perkhidmatan yang di lakukan oleh syarikat ini ialah katering, tempahan dan penghataran sate, tempahan sate untuk hotel / cafe, dan sewa dewan makan di cawangan utama.

3.0       PESAING

            3.1       Pesaing kepada Sate Kajang

Sate Willy merupakan salah sebuah syarikat yang menjadi peasing kepada Sate Kajang, ini kerana mereka turut mengeluarkan produk yang sama dan kawasan syarikat juga adalah berdekatan dan ini menjadikan Sate Willy ini salah satu pesaing yang sengit kepada Sate Kajang. Sate Willy beralamat di Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor.

No comments:

Post a Comment