Latar Belakang Industri

1.0       INDUSTRI

1.1       Latar Belakang Industri

Industri adalah suatu usaha atau kegiatan pengolahan bahan mentah atau barang separa siap menjadi barang siap yang memiliki nilai tambah untuk mendapatkan keuntungan. Hasil industri tidak hanya berupa barang, tetapi juga dalam bentuk perkhidmatan.

Makanan adalah nadi sesebuah negara. Pengeluaran makanan dikira perkara strategik bagi semua negara kerana ia melibatkan keselamatan atau "survival" bagi penduduk dan negara. Di Malaysia khasnya, industri pengeluaran makanan, khususnya pengeluaran makanan daripada sektor pertanian menjadi agenda penting negara. Kepentingan pengeluaran makanan telah menjadi objektif dalam Dasar Pertanian Negara 1998-2010, iaitu "meningkatkan keselamatan makanan dan memerangi inflasi". Di antara strategi utama DPN3 ialah meningkatkan pengeluaran makanan utama dengan kos yang kompetitif.

Potensi perniagaan dan pelaburan dalam industri makanan di negara ini masih luas, ini kerana kita masih bergantung kepada dunia luar dalam mendapatkan sumber makanan. Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara 1998, Malaysia mengimport RM9,847 juta makanan dan minuman, iaitu RM5,681 juta adalah import barangan makanan akhir dan RM4,166 juta adalah import barangan pertengahan untuk kegunaan industri makanan tempatan.

Di Malaysia, industri makanan ini boleh dipecahkan kepada industri makanan tradisional, industri makanan sejuk beku, industri makanan francais dan pelbagai industri makanan lain. Sate Kajang Hj. Samuri merupakan symbol kepada industri makanan tradisional. Syarikat ini melambangkan profesionalisme di dalam memperkenalkan makanan tradisonal Melayu ke mata dunia.

Industri barang makanan di Malaysia dikuasai oleh syarikat-syarikat kecil dan sederhana. Akan tetapi, masih banyak kekurangan dari segi keperluan kebersihan dan sanitasi. Kebersihan yang tidak memuaskan boleh menyebabkan kehilangan kualiti dan keselamatan makanan yang kemudiannya boleh menyebabkan kerugian seperti kos penarikan balik produk (product recall lost), kos yang dipertanggungjawabkan (liability cost) dan kehilangan perniagaan (lost of business).

Oleh itu, terdapatnya garis panduan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point). Garis panduan ini dapat menyediakan panduan amalan kebersihan asas untuk industri yang bermula daripada bahan mentah sehinggalah pengeluaran produk siap. Ia juga merangkumi aspek kepentingan dokumentasi, rekod dan latihan berkaitan. Melalui perkara ini, industri makanan boleh berkembang dengan lebih besar dan meluas dengan penglibatan pelbagai pihak di dalam industri ini kerana terdapatnya garis panduan yang digunakan untuk membantu mereka yang kurang mahir.

1.2       Carta yang menggambarkan industri

Tahun
2007
2008
Jumlah
Peratus
(%)
Jumlah
Peratus
(%)
Eksport bahan makanan
13760
16.2
8241
15.3
Import bahan makanan
23374
49.5
13731
46.3



Merujuk kepada jadual dan gambar rajah di atas menujukkan jumlah eksport makanan semakin menurun iaitu dari tahun 2007 ke 2008.  Manakala bagi jumlah import bahan makanan  adalah sebanyak 23374 unit  bagi tahun 2007 dan 13731 unit pada tahun 2008.

1.3       Pemain utama atau pesaing dalam industri

Pesaing dianggap sebagai salah satu asas dalam ekonomi pasaran kapitalis. Bidang ekonomi asas yang wujud ialah persaingan jangka pendek yang menyebabkan kewujudan persaingan dalam struktur pasaran yang berbeza untuk mencari atau mendapatkan keputusan dalam ekonomi pasaran. Bahagian yang paling penting membuat idea baru agar berjaya adalah untuk mengetahui dan memahami kunci kepada pesaing utama sebelum membuat rancangan perniagaan. Pesaing utama dalam perniagaan perlu untuk melakukan beberapa kajian yang menyeluruh tentang perniagaan mengetahui siapa pesaing yang bersaing dengan kita. Di samping itu, persaingan juga harus dikenalpasti dalam peniagaan yang mempunyai beberapa strategi yang berkesan yang boleh menjadi pesaing bagi perniagaan kita pada masa hadapan. Persaingan akan wujud dalam apa jua keadaan terutama apabila perniagaan tersebut berkembang.
Pesaing ialah syarikat atau orang yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang sama dengan kualiti yang lebih kurang sama. Terdapat beberapa pesaing yang dapat memberikan saingan kepada syarikat Sate Kajang Hj. Samuri antaranya ialah:

1.    Ezfas Food Sdn. Bhd Satay Grill

                                   Syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan sate yang dibakar tanpa menggunakan arang dan hanya menggunakan grill pemanas yang senang dikendalikan. Disebabkan perkara ini mereka juga boleh berniaga di dalam pasaraya keran tidak terdapat sebarang asap semasa proses pembakaran sate. Syarikat ini merupakan syarikat pertama yang menjalankan aktiviti perniagaan jenis ini dan telah mendapat pengiktirafan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mereka juga menawarkan kepada warganegara bumiputera untuk menjadi agen kiosk mereka.

2.    Satay Baung Trading

       Syarikat ini juga menjalankan aktiviti perniagaan sate di mana konsep perniagaan mereka adalah sama dengan Sate Kajang. Pemilik kepada syarikat ini juga merupakan milik bersama di dalam sebuah keluarga biasa di kawasan kampung. Mereka menjual pelbagai jenis sate iaitu sate ayam, sate daging, sate serati dan sate arnab. Mereka menggunakan kaedah manual dalam proses pembakaran sate dan tidak menggunakan dapur gas dan kipas elektrik untuk memastikan api sentiasa menyala. Sebaliknya,  mereka menggunakan dapur kayu dan mengipas sendiri bagi memastikan api sentiasa menyala selain memberikan serta menjual sate mereka dengan harga yang murah.



2.0       SYARIKAT
            2.1       Latar belakang syarikat
Hj Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkongsian yang didaftarkan pada tahun 2000. Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial. Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan. Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.
Selain mempunyai pekerja lebih dari 500 orang pekerja, GMP (Good Manufacturing Practice) ataupun Amalan Pengilangan Baik dan pensijilan Halal akan menjanjikan pasaran yang lebih meluas melangkaui sempadan antarabangsa. Dengan perancangan yang teliti dan peningkatan prestasi yang berterusan, syarikat ini sedang mengorak langkah untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya.
Pengiktirafan yang diterima dari pihak kerajaan mahupun badan swasta telah menjadi sumber inspirasi kepada syarikat ini untuk terus maju. Selain itu, keprihatinan syarikat dalam memperkenalkan sate yang sinonim makanan tradisional masyarakat Malaysia ke serata dunia juga menjadi peransang untuk menjadi lebih berdaya saing dalam menempuh dunia perniagaan yang semakin mencabar.
2.1.1    Visi syarikat                     
Di Sate Kajang Hj. Samuri, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Keperluan pelanggan menjadi inspirasi kami. Kualiti Produk, perkhidmatan, kepakaran, kemahiran dan kakitangan yang berdedikasi memainkan peranan penting dalam menjadikan kami peneraju utama dan antara yang terbaik dalam industri makanan.
                        2.1.2    Misi Syarikat
                                    Menjadi Peneraju Makanan Tradisional Melayu Malaysia di Mata Dunia.
                        2.1.2    Trademark syarikat
Sate Kajang Hj. Samuri merupakan simbol “Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”. Ianya bukan sekadar RASA sebaliknya melambangkan profesionalisme dalam memperkenalkan Makanan Tradisional Melayu Malaysia ke mata dunia.
2.2       Lokasi syarikat
                        Sate Kajang Hj. Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn. Bhd beroperasi di alamat:

Lot 3764-E, Jalan Saujana, Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

3 comments:

  1. saya adalah orang pertama comment , saya berasa amat bangga , HAHAHA, GONG XI FA CHAI
    我是第一位评论者,我非常光荣,恭喜发财
    I AM THE FIRST PERSON OF COMMENT , I VERY HAPPY , HOPE YOU MORE MONEY
    நான் முதல் கருத்து இருந்தது, மற்றும் நான் மிக கெளரவமான, நல்ல அதிர்ஷ்டம்

    ReplyDelete
  2. saya pulak adalah orang kedua comment dan saya berasa amat berbangga dengan keadaan ini. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete